Deria bukan manusia Deria

Seakan-akan deria manusia

Benda-benda hidup lain juga memiliki saraf penerima untuk mencerap persekitarannya, termasuklah deria-deria yang ada dalam manusia, tetapi banyak berbeza dari segi mekanisme dan keupayaan mengikut spesis.

Penggemaan

Sesetengah haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba memiliki kebolehan menentukan arah ke objek lain melalui pentafsiran bunyi pantulan (seperti sonar), khususnya untuk melalui kawasan gelap atau memburu mangsa. Belum ditentukan sama ada ini sekadar pentafsiran cerapan auditori pasca indera yang amat canggih ataupun sememangnya deria yang berasingan. Untuk mencari jawapannya, kita perlu mengimbas otak haiwan berkenaan ketika melakukan penggemaan (gemalokasi), tetapi amat sukar untuk melakukan begitu. Orang yang cacat penglihatan mengaku boleh memandu arah sendiri dengan mentafsir bunyi pantulan (khususnya bunyi kaki sendiri), maka terbentuknya fenomena gemalokasi manusia.

Bau

Di kalangan spesies bukan manusia, anjing lebih kuat deria baunya berbanding manusia, itupun mekanismenya tidak banyak berbeza. Serangga mempunyai penerima bau dalam sesungutnya.

Penglihatan

Kucing berupaya melihat dengan jelas dalam suasana malap kerana otot yang mengelilingi iris dalam mata mengecutkan dan mengembangkan anak mata, di samping juga membran pemantul bergelar tapetum lusidum yang mengoptimumkan imej.Ular kapak, ular sawa dan sesetengah jenis ular boa mempunyi organ yang membolehkannya mengesan cahaya inframerah, agar ular-ular tersebut boleh mengesan haba mangsanya. Spesies kelawar penghisap darah biasa mungkin juga terdapat pengesan inframerah pada hidungnya.[11] Kajian juga mendapati bahawa burung dan sesetengah haiwan lain berupaya melihat dalam sinaran ultraungu hingga 300 nanometer. Lebah dan pepatung[12] juga boleh melihat dalam sinar ultraungu.

Perimbangan

Hidupan air Ctenophora mempunyi penerima perimbangan (statosista) yang amat berbeza fungsinya dari salur separuh bulat dalam haiwan mamalia.

Berlainan dari deria manusia

Tambahan pula, sesetengah haiwan memiliki deria yang tiada dalam manusia, termausk yang berikut:

  • Elektrosepsi (atau "elektroresepsi") ialah keupayaan mengesan medan elektrik. Sesetengah spesies iklan, ikan jerung dan ikan pari berupaya mengesan perubahan dalam medan elektrik dalam persekitaran terdekatnya. Sesetengah jenis ikan mengesan perubahan medan elektrik berhampiran secara pasif; ada yang menjana medan elektrik sendiri yang lemah, dan mengesan corak potensi medan di seluruh permukaan badan; dan ada juga yang menggunakan kebolehan menjana atau mengesan medan elektrik ini untuk tujuan komunikasi sosial.
Satu-satunya order mamalia yang diketahui berupaya elektrosepsi ialah order monotrema, termasuklah platipus[13] yang paling kuat deria elektrosepsinya.Pakar pengubahsuaian badan pernah menguji kaji bahan implan bermagnet untuk meniru deria ini,[14] tetapi secara amnya manusia dan kebanyakan mamalia lain mampu mengesan medan elektrik secara tidak langsung dengan mengesan kesan pada rambutnya. Contohnya, sebiji belon yang bercas elektrik boleh mengeluarkan daya pada bulu lengan manusia yang boleh dikenal pasti sebagai berasal dari cas statik (bukannya angin atau sebagainya). Sebenarnya iniu bukan elektrosepsi, sebaliknya merupakan tindakan kognitif pasca penderiaan.
  • Magnetosepsi (atau "magnetoresepsi") ialah keupayaan mengesan perubahan dalam medan magnet yang paling kerap ditemui dalam burung, dan juga serangga seperti lebah. Sungguhpun tidak dinafikan deria ini wujud dalam kebanyakan spesis burung (kerana deria ini penting untuk kebolehan mengemudi bagi burung penghijrah), namun fenomena ini belum dapat difahami secara mendalam.[15] Sebuah kajian mendapati bahawa lembu juga menggunaan deria ini kerana diperhatikan selalu menjajarkan dirinya mengikut arah utara atau selatan.[16] Bakteria megnetotaktik menghasilkan "magnet" halus dalam dirinya untuk menentukan haluan dirinya mengikut medan magnet Bumi.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Deria http://www.physpharm.fmd.uwo.ca/undergrad/senseswe... http://www.eioba.com/a70192/senses http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=4... http://www.nature.com/neuro/press_release/nn0200.h... http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyP... http://www.roblesdelatorre.com/gabriel/GR-IEEE-MM-... http://www.scribd.com/doc/32909/Sensing-or-feeling... http://www.pitt.edu/AFShome/s/l/slavic/public/html... http://www.ks.uiuc.edu/Research/magsense/ms.html http://www.senses.info